40 Tanda Sekolah Anda Hebat
- Keharmonian dan kemesraan dalam kalangan staf anda sangat jelas kelihatan.
- Semua warga sekolah tidak berasa tertekan oleh pihak pengurusan sekolah.
- Semua warga sekolah mempunyai cinta dan sayang akan sekolah mereka.
- Terdapat kemesraan dalam interaksi antara sesama guru dan para pelajar.
- Pihak sekolah mengambil berat tentang pelajar yang lemah dan sentiasa mengadakan pelbagai program yang berkesan untuk membantu mereka.
- Tukang kebun menanam pokok-pokok bunga yang menarik, tanpa arahan pihak sekolah.
- Guru-guru menggunakan kemudahan komputer dan internet dengan sebaik-baiknya.
- Pelajar dan guru sentiasa bercakap tentang kebaikan sekolah itu dengan rakan-rakan mereka apabila bercakap tentang sekolah.
- Anda sering melihat para pelajar duduk-duduk di tempat-tempat rehat yang disediakan untuk mentelaah atau berbincang mengenai pelajaran mereka.
- Guru-guru prihatin tentang kebersihan di dalam bilik guru.
- Pelajar yang tamat belajar di sekolah anda berasa sedih untuk meninggalkan sekolahnya.
- Pihak sekolah mengambil berat mengenai pelajar-pelajar yang miskin dan sentiasa berikhtiar untuk membantu mereka.
- Guru-guru tidak berebut-rebut untuk pulang apabila loceng akhir berbunyi.
- Para guru sanggup menjalankan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian yang lebih tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.
- Seluruh warga sekolah turut bersimpati sekiranya terjadi sesuatu mala petaka atau kemalangan dalam kalangan warga sekolah.
- Ucapan salam(menurut agama masing-masing) diamalkan oleh semua warga sekolah dengan ikhlas termasuklah sesama pelajar.
- Pihak sekolah amat mementingkan ciri-ciri keselamatan di kawasan sekolah.
- Guru-guru mengamalkan pemberian hadiah-hadiah kecil untuk pelajar-pelajarnya yang berjaya dalam sesuatu bidang.
- Pelajar-pelajar mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah tanpa disuruh atau dipaksa.
- Semua warga sekolah sentiasa berpakaian kemas.
- Pelajar yang lebih dewasa sentiasa membantu pelajar yang lebih muda daripadanya.
- Guru-guru menziarahi pelajar yang malang di hospital. Pelajar juga begitu terhadap guru-guru mereka.
- Sekali-sekala kelihatan guru makan semeja dengan pelajr-pelajar.
- Hubungan ibu bapa dengan pihak pengurusan sekolah sangat akrab.
- Ibu bapa terlibat dalam hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti untuk menceriakan kawasan sekolah.
- Pihak sekolah tidak suka membazirkan masa dengan apa-apa aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Oleh itu semua aktiviti dirancang dengan teliti dengan mementingkan faktor keberkesanannya.
- Pelajar-pelajar menghulurkan hadiah kepada guru-guru pada Hari Guru, Hari Raya, Tahun baru dan sebagainya.
- Pelajar pintar sentiasa tidak keberatan untuk membantu pelajar yang lemah.
- Pihak ibu bapa menganjurkan jamuan untuk guru-guru sebagai ucapan terima kasih sesuatu kejayaan anak-anak mereka.
- Kafeteria sekolah sering dikunjungi oleh ibu bapa untuk bersarapan atau makan tengah hari.
- Guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah anda tidak mempunyai semangat perkauman dan sentiasa mengamalkan nilai keadilan dalam tindakan mereka.
- Terdapat kerjasama daripada komuniti di sekitar sekolah anda. Misalnya,pemain bola sepak yang terkenal sering memberikan tunjuk ajar kepada pasukan bola sepak anda.
- Terdapat kerjasama daripada ibu bapa. Misalnya , membantu dan membimbing pelajar dalam masalah-masalah kewangan,pelajaran dan sebagainya.
- Pelajar-pelajar dan guru-guru menyanyikan lagu Negaraku dengan besemangat dalam perhimpunan mingguan.
- Pihak sekolah kerap mengadakan program yang melihatkan kerjasasama antara guru dengan pelajar seperti kerja-kerja gotong-royong untuk menjalankan sesuatu aktiviti demi kepentingan bersama.
- Program bacaan dijalankan dengan jayanya.
- Pihak kafeteria sering mengadakan jamuan percuma untuk guru-guru bagi menunjukkan kegembiraannya atau untuk menyambut majlis tertentu.
- Terdapat dalam kalangan pelajar yang mewakili negeri ke sesuatu pertandingan di peringkat kebangsaan.
- Semua warga sekolah amat prihatin dan menyambut baik Kempen Kita Semula, serta mengamalkannya di sekolah.
- Anda mempunyai kumpulan pemain muzik atau kumpulan koir yang baik di sekolah anda.
( Sumber: Majalah Pendidik-Bil.10 Nov.-Dis. 2004)