GAMBAR PELOPOR SMKDUHA 2003

Depan( dari kiri ke kanan): En. Zaharin(Terkini Ketua Bidang Bahasa SMA Ulu Gadong), En. Nasharudin( Berpindah ke SEMENDA PKHEM ), Pn. Aishah(Terkini Pengetua SMKUR), Pn. Eiasyah ( Telah bersara), Tn. Hj. Abd. Rashid( berpindah ke SMKUR sebagai PK1) dan En. Taupet.
Tengah( dari kiri ke kanan): Ust. Zakiah( Telah berpindah sekolah), Pn. Safiah, Pn.Norhijah(Telah berpindah sekolah).
Belakang(dari kiri ke kanan):En. Norhisyam(Berpindah ke KPM), En. Mohammad(Terkini GPKHEM SMKTI), En.Norazmi (Pindah ke SMK Pedas), En. Idrus(Berpindah ke Maktab), En. Norazlan, En.Zulkifle, Ust. Halim(Berpindah sekolah) dan Hj. Zainurin(Bertukar ke PPD Rembau)
(Nota: Pelopor yang masih kekal di SMKDUHA ialah En. Taupet,Pn. Safiah,En. Norazlan dan En. Zulkifle)

Ahad, Oktober 04, 2009

10. Guru Cemerlang Pelajar Terbilang

Guru Cemerlang Pelajar Terbilang
KONSEP sekolah mudah sahaja, iaitu guru mengajar dan murid-murid belajar. Tingkatkan kemahiran guru , maka tahap pembelajaran murid - murid pun akan turut meningkat. Jika kita ajukan soalan kepada mana-mana Ketua Eksekutif atau CEO : "Apakah aset syarikat anda yang paling berharga?" maka kebanyaknnya akan menjawab : "Pekerja syarikat saya."
Apabila beberapa orang Guru Besar dan Pengetua ditanya soalan yang sama, kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa wang atau kewangan adalah jawapannya. Ada juga menyatakan program-program yang dijalankan di sekolah merupakan aset penting, dan segelintir daripada mereka menyatakan bahawa aset yang paling penting di sekolah ialah murid-murid. Hanya empat orang sahaja daripada 25 orang Guru Besar dan Pengetua yang ditemui menyebut guru sebagai jawapan bagi soalan itu, walaupun kita sedia maklum bahawa kualiti guru merupakan faktor yang paling kritikal untuk meningkatkan pencapaian murid-murid di sekolah.
Guru, pengetahuan guru, dan kebolehan guru merupakan faktor yang sangat penting bagi menentukan kejayaan murid-muridnya. Pengajaran atau bagaimana seseorang guru itu mengajar juga penting untuk menentukan sama ada murid-muridnya belajar dengan berkesan atau sebaliknya. Walaupun faktor ini penting, tetapi terdapat ramai pihak sekolah yang membelanjakan wang untuk menjalankan pelbagai program yang tidak berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pengajaran guru. Wang dan masa yang banyak digunakan untuk pelbagai rancangan kecuali yang berkaitan dengan peningkatan profesionalisme guru dalam menjalakan tugasnya.
Dalam masa cuti akhir tahun yang agak panjang pula, pihak pengurusan sibuk merancang tugas-tugas khas guru di luar bilik darjah, aktiviti-aktiviti keceriaan, menyusun atur kelas, berfikir tentang saiz kelas, dan sebagainya. Semuanya dirancang, kecuali program untk meningkatkan tahap keupayaan guru serta mengatsi masalah beberapa orang guru yang dianngap lemah atau bermasalah. Oleh itu, tidak hairanlah keadaan murid-murid juga tidak berubah dari setahun ke setahun.
Antara ciri-ciri yang terdapat pada sekolah lemah ialah kecenderungan untuk membelanjakan wang untuk pelbagai tujuan kecuali untuk membantu guru-guru meningkatkan tahap profesionalisme mereka serta menyediakan sebaik mungkin segala keperluan untuk kemudahan guru-guru menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Sebaliknya , sekolah yang berjaya akan membuat pelaburan yang banyak untuk memastikan guru-guru mendapat peluang untuk penambahbaikan kemahiran mengajar.
Oleh itu, tidaklah sukar sangat untuk meningkatkan prestasi pelajar. Pastikan guru-guru tahu dan mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan, maka dengan sendirinya pelajar juga akan belajar dengan berkesan dan secara langsung meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran.
Sesetengah pihak pengurusan sekolah berpendapat bahawa para guru, terutamanya guru - guru baru dan guru yang agak lemah dalam penhajaran harus disediakan mentor masin-masing. Cara penyelesaian ini nampak baik dari segi teori tetapi dari segi praktiknya tidak begitu berkesan. Hal ini demekian tidak semua sekolah memiliki Guru Cemerlang. Lagipun, banyak juga pihak yang meragui 'kecemerlangan' sesetengah Guru Cemerlang untuk bertindak sebagai mentor. Pernyataan ini tidak berniat untuk merendah-rendahkan keupayaan mana-mana Guru-guru Cemerlang, tetapi kita tidak dapat nafikan bahawa sebagi manusia biasa, kita mempunyai kelemahan masing-masing. Lagipun, Guru Cemerlang bukanlah bermaksud guru yang cemerlang dalam semua aspek keguruan, sebaliknya terdapat bidang-bidang yang khusus pula.
Di samping itu, guru yang baru tamat latihan dianggap sudah layak untuk terus masuk ke kelas dan mengajar seperti rakan guru yang berpengalaman. Tidak banyak pihak sekolah yang mengambil berat untuk membuat sesuatu yang dapat membantu guru tersebut. Begitu juga guru sementara , atau guru ganti. Jarang-jarang sekali ada pihak pengurusan sekolah yang memantau keupayaan mereka dalam menjalankan tugas, sedangkan kebanyakan daripada kita bersetuju bahawa para guru sama ada guru sementara, guru baru, guru berpengalaman,atau Guru Cemerlang merupakan aset yang sangat berharga bagi pihak sekolah. Malahan kerap kali didapati guru baru atau guru sementara tidak diperkenalkan kepada staf yang lain. Mereka memulakan kerjaya mereka di sekolah dengan dipinggirkan lalu sepanjang masa mereka bertugas di sekolah itu mereka terus trepinggir.
Biasanya seseorang guru memerlukan masa antara empat hingga enam tahun untuk menjadi guru yang berkesan. Di samping itu, terdapat juga kalangan guru berpengalaman(atas sebab-sebab tertentu) yang patah semangat atau 'burnout'. Oleh itu , program pembangunan staf harus dijalankan secara berterusan sepanjang tahun untuk membantu semua guru sama ada yang dianjurkan di peringkat sekolah, daerah, atau negeri. Program yang dijalankan hendaklah komprehensif, bermatlamat , logik, dan berkesan. Program yang dijalan dalam masa yang terlalu singkat biasanya tdak berkesan.
Dicadangkan antara perisian penting dalam program tersebut ialah pengurusan bilik darjah termasuklah mengawal tingkah laku pelajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana kebanyakkan guru yang tidak berkesan didapati berpunca daripada ketiadaan kemahiran untuk mengawal keadaan kelas ketika mengajar. Selain itu, pengetahuan tentang beberapa teknik, kaedah, dan pendekatan terbaru dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran juga adalah penting. Ini termasuklah penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar. Malang sekali, terdapat beberapa program pembangunan staf yang dijalankan dipenuhi pula dengan beban tugas guru yang baru dicipta dengan menambah beberapa jenis borang untuk diisi dan jumlah fail serta bertimbun-timbun kerja-kerja perkeranian sehingga ada guru yang berkeberatan untuk berkursus! Program induksi yang berkesan seharusnya diadun dengan sikap prihatin dan banyak membuat penyeliaan dan pemantauan dengan tujuan untuk membimbing dan membantu guru.
Oleh: Norafeiza Muhammad